"Pelajari Langkah Mudah dan Cepat Dalam Mengusahakan Dalam Bidang Pertanian dan Jadikan Pertanian Itu Sebagai Perniagaan Anda!"

 

"Kini mengusahakan bidang pertanian menjadi sangat mudah untuk semua yang ingin menceburi bidang ini dengan adanya maklumat yang lengkap dan sangat berkesan. "

 

"Pertanian Adalah Perniagaan"

 

 

Salam hormat,
 

Adakah anda menghadapi masalah dalam mengusahakan bidang pertanian? Tidak ada masa untuk belajar secara praktikal, menghadiri kursus dan sebagainya?

Anda tahu bahawa kini pertanian telah jauh ke depan dalam dunia perniagaan. Bidang pertanian agak unik dan subjektif kerana setiap tanaman mempunyai agronominya tersendiri. Hanya yang berpengalaman dan pakar sahaja yang boleh mengusahakan dengan jayanya.

Namum bukan semua tanaman yang memerlukan kepakaran yang tinggi. Teknikel memang menjadi penyebab utama dalam sesuatu perkara tapi ia bukanlah penghalang kepada kejayaan seseorang. Dengan maklumat dan ilmu yang ada, sebarang bentuk yang akan dilakukan akan menjadi mudah, senang dan kejayaan menanti anda.

 

MEMPERKENALKAN ebook

10 Langkah Memulakan Perusahaan Cendawan Secara Kecil-Kecilan

       

E-Book ini disediakan sebagai siri panduan kepada bakal pengusaha yang berminat dalam perusahaan cendawan ini. Kebanyakan maklumat yang disampaikan ini adalah telah dilakukan secara kecil-kecilan.

Dengan berbekalkan ilmu yang ada dan kebanyakan dari bertanya kepada pengusaha-pengusaha cendawan yang telah lama bertapak dalam perniagaan ini, kami mencubanya sendiri. Hasilnya amat menggalakkan sehinggakan tidak dapat memenuhi permintaan yang tersedia ada. 

Dengan pasaran yang menggalakkan ini, kami ingin berkongsi dengan mana-mana individu atau bakal pengusaha yang berminat dalam bidang perusahaan cendawan ini. Maka dengan itu, kami hasilkan ebook ini hasil dari pengalaman kami sendiri sebagai panduan sebagaimana yang telah kami lakukan.

Ebook yang kami sediakan mengambil kira 10 langkah yang mesti diikuti satu persatu. Dalam ebook ini juga, maklumat pembekal peralatan dan keperluan dalam proses penyediaan cendawan akan disertakan bersama. Ini untuk memudahkan individu yang berminat akan terus berusaha menyediakan perusahaan ini dengan secepat mungkin. Maklumat ini amat sukar untuk didapati dan mereka adalah juga pembekal kepada kami.

 

Pesanan Untuk Anda

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana anda melawat laman web ini. Saya juga mengucapkan tahniah kepada anda yang cuba mengambil peluang ini. Peluang yang saya tawarkan ini hanya untuk tempoh tertentu sahaja dan ianya sungguh menarik.

Apa yang telah saya perhatikan ramai individu yang berminat melakukan perniagaan sekarang terutamanya dalam bidang pertanian. Bidang ini amat luas dan jika dilihat pasaran semasa untuk sesuatu produk tanaman adakalanya mengalami kejatuhan harga malah sesetengahnya adalah termasuk dalam harga kawalan kerajaan. Sebagai contohnya disuatu ketika harga di ladang untuk buah durian jatuh sehingga tak sampai RM 0.50 sebiji. Kebiasaan perkara ini berlaku ketika buah durian pada musim itu menjadi, dan sekarang dilihat buah durian sudah ada sepanjang musim di Semenanjung Malaysia.

Daripada pengamatan pihak kami, terdapat sayur-sayuran mendapat harga yang tinggi di pasaran. Contohnya, cili boleh melonjak sehingga RM 7.00 sekilo. Ini menunjukkan keuntungan yang tinggi akan diperolehi oleh pengusaha tanaman cili. Sama juga dengan cendawan, harga dipasaran sekarang boleh mencecah sehingga RM 7.00 - 8.00 sekilo. Dan ada pemborong sanggup untuk membeli dengan harga RM 9.00 sekilo. Kini 2014, harga ladang meningkat lagi sehingga RM10.00 sekilo. Ini kerana permintaan yang tinggi daripada pengguna yang gemar dengan cendawan malah ia bebas tercemar daripada bahan kimia pertanian iaitu racun perosak. Cendawan adalah salah satu daripada sayur yang diketagorikan di bawah sayur organik. Sayur organik terutamanya sayur daun mempunyai harga mencecah tiga (3) kali ganda dengan sayur daun yang sama bukan organik. Malah dengan harga tersebutpun masih ada pengguna yang sanggup membeli sayur tersebut. Ini bermaksud, sekarang pengguna telah sedar tentang kepentingan keselamatan makanan yang dimakan.

eBook ini juga dihasilkan selepas kami menerima lawatan pertama kali pada akhir tahun 2006 dari pelajar sebuah kolej tajaan MARA di Beranang, Selangor dan baru-baru ini kumpulan kedua juga telah membuat lawatan pada awal april 2007. Mereka dikehendaki membuat tugasan mengenai perusahaan cendawan dalam subjek "enterpreneur" / usahawan. Dalam perbincangan tersebut, banyak maklumat yang mereka ingin perolehi bagi memenuhi syarat subjek tersebut. Pihak kami sedia membantu dan membenarkan maklumat yang kami ada bagi tujuan pembelajaran malah ia boleh juga dijadikan panduan jika mereka berminat dalam perusahaan ini. Sebelum mereka ke tempat kami, sebenarnya mereka telah banyak membuat kajian mengenai cendawan ini. Mereka memerlukan pemerhatian secara dekat, dan telah berbincang sebelum ini dengan pengusaha-pengusaha cendawan yang lain. Sambutan dingin telah diberikan kepada mereka menyebabkan kerja-kerja mereka terbantut malahan jika mereka inginkan juga maklumat tersebut, mereka dikehendaki membayar sejumlah wang sebagai pertukaran maklumat. Sebab itulah kami terpanggil untuk berkongsi bersama kepada semua yang berminat dalam mengusahakan perusahaan ini walaupun secara kecil-kecilan sahaja namum ia masih dapat memberikan pendapatan sampingan.

Diharap anda dapat mengambil peluang ini kerana 'pisang tidak akan berbuah dua kali!'. Tempah kedudukan anda sekarang dalam perusahaan ini.

 

 

Ikhlas,


Kamanusi Russali a.k.a KAMAL

- Pakar Tanaman Cendawan
- Admin www.Miela-a.Com
- Pengarah Urusan T Maza Enterprise (TR0076868-D)

 

 

FAEDAH UTAMA YANG BOLEH DIPEROLEHI DARI EBOOK  INI

bullet Memahami keperluan dan menyediakan rumah cendawan serta alatan seperti rak cendawan.
bullet Memahami dan menyediakan keperluan sera alatan dalam proses penyediaan beg media cendawan
bullet Memahami proses pengukusan dan mengenalpasti serta menyediakan  alat pengukusan beg media cendawan
bullet Memahami keedah yan betul dalam proses  suntikan benih ke dalam beg media cendawan dan melakukan suntikan tersebut.
bullet Memahami keedah dan menyediakan kawasan untuk melakukan proses pemeraman beg media cendawan
bullet Memahami dan mengenalpasti bila pungutan hasil hendak dilakukan.
bullet Mengetahui cara-cara pembungkusan cendawan bagi tujuan simpanan dan jualan.
bullet Memahami keperluan pasaran dan melakukan aktivtiti pemasaran.
bullet Mengenalpasti penyakit dan perosak yang dihadapi.
bullet Membuat pengiraan perbelanjaan dan pulangan 

 

 

 

 

Tip!

 

 

eBook 10 Langkah Cara Memulakan Perusahaan Cendawan Dari Rumah Secara Kecil-Kecilan ini merupakan satu siri panduan yang lengkap yang membincangkan tentang perusahaan cendawan dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat pemasaran.

Tidak seperti siri panduan cendawan yang lain, ebook 10 Langkah Cara Memulakan Perusahaan Cendawan Dari Rumah Secara Kecil-Kecilan juga memuatkan maklumat-maklumat pembekal peralatan dan bahan yang digunakan dalam perusahaan cendawan ini. Ini akan memudahkan individu yang berminat terus mengusahakan sebaik sahaja memahami kandungan eBook ini. 

 

 

Tahukah Anda Mengenai Sokongan Kerajaan Dalam Dasar Agromakanan Negara 2011-2020??

Bab 7 - Memacu Pertumbuhan Pertanian Bernilai Tinggi

Prospek industri cendawan adalah cerah disebabkan permintaan yang semakin meningkat di pasaran tempatan bagi cendawan segar dan yang diproses. Permintaan terhadap cendawan dan produk berasaskan cendawan dijangka terus meningkat sejajar dengan pertambahan jumlah penduduk dan penggunaan per kapita. Penggunaan per kapita cendawan dijangka meningkat daripada 1.0 kilogram pada 2008 kepada 2.4 kilogram pada 2020.

Pengeluaran cendawan dianggarkan berkembang sebanyak 16% setahun iaitu daripada 15 ribu metrik tan pada tahun 2010 kepada 67 ribu metrik tan pada tahun 2020 (Carta 7-15). Nilai eksport cendawan Malaysia diunjur meningkat kepada RM300 juta pada tahun 2020 iaitu pada kadar 16% setahun.

Sumber:
Dasar Agromakanan Negara 2011-2020, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia

 

Siapa patut ada?


Bagi mereka yang ingin mengusahakan perusahaan cendawan ini samada secara kecil-kecilan ataupun melakukan secara komersil, siri panduan eBook ini boleh membantu mendapatkan maklumat dengan lengkap.

 

Jikalau saya sudah memiliki maklumat mengenai cendawan yang lain, adakah eBook ini berguna kepada saya?

Sudah tentu, kerana ianya disediakan dengan mengambilkira pendekatan yang mudah, lengkap dengan gambar serta yang paling penting sekali disertakan maklumat pembekal peralatan dan bahan yang digunakan dalam perusahaan cendawan ini.

Maklumat ini sememangnya sukar untuk didapati dan kami hanya mengumpulkan maklumat pembekal kami tersebut.

 

 

Adakah Anda Tahu Potensi Perusahaan Cendawan Ini?

Keratan Akhbar dan Majalah ini menjelaskan sendiri secara sebenar dengan permintaan yang ada sekarang. Anda boleh menilai potensinya sendiri...

 

Akhbar Sinar Harian
17 Dis 2008

Utusan Malaysia
MEGA 30 Ogos 2010

   
Suara Risda Bil.1/2010

 

 

Dengan setiap pembelian eBook :


10 Langkah Cara Memulakan Perusahaan Cendawan Secara Kecil-Kecilan
anda dapat

BONUS!!!

 


Maklumat Pembekal

Senarai nama, alamat dan no telefon pembekal
(hampir seluruh pembekal/pengusaha/individu di Malaysia)

Ini memudahkan anda meneruskan perusahaan ini secepat mungkin


 

dan juga...

 

BONUS EKSKLUSIF !!!

 

eBook Pilihan Kami

Formula Menjadi Orang Yang Kreatif dan Berjaya Jutawan Yang Belum Anda Kenali

*Catatan : Semua ebook dalam bentuk file PDF dan di'compress'. Pastikan komputer anda dilengkapi dengan perisian yang sesuai.
 

 

Inilah kesemua pakej produk yang akan anda miliki tidak lama lagi! Cukup padat dan lengkap dengan bonus eksklusif... Dengan nilai sebenar pakej yang melebihi RM300, berapakah agaknya harga yang harus saya tawarkan kepada anda?

 


 

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan ebook kami, anda berhak mendapatkan duit anda balik. Saya berikan jaminan 30 hari dari tarikh pembelian anda. Syaratnya mudah, selepas pemulangan balik wang diberikan, anda 'HAPUS'kan segala file ebook yang dibeli dan juga ebook yang diberikan secara percuma. Adalah tidak berkat meneruskan ilmu yang telah saya pulangkan wang jaminan tersebut. Saya harap anda paham.....

 

 

Tawaran Terhad!!!

 

Untuk tempoh masa yang terhad sahaja,
saya ingin menawarkan harga istimewa ini kepada anda iaitu...

RM74 RM50

RM30

 

Pesan sekarang dengan penuh keyakinan...

 

PERHATIAN: Saya akan menaikkan harga tidak terhad kepada bilangan hari promosi yang tinggal seperti dinyatakan tanpa sebarang notis! Mungkin hari ini, atau mungkin esok harga akan dinaikkan ke harga asal. Jadi dapatkan segera sebelum anda menyesalinya...

 


 

Ikhlas oleh


KAMANUSI RUSSALI
Pakar Tanaman Cendawan

Pengarah Urusan
T'Maza Enterprise (TR0076868-D)
No 30, Jln Bangi Ria 1, Tmn Bangi Ria,
Kajang Selangor

Tel: 013-396 2546

 

 

"Kini mengusahakan bidang pertanian menjadi sangat mudah untuk semua yang ingin menceburi bidang ini dengan adanya maklumat yang lengkap dan sangat berkesan."

 

 

Daftar Agen Affiliate  Pernyataan Dibangunkan Oleh : www.AdaLamanWeb.com  2014